Kelas ICT – Microsoft Word (Grafic Design)
23 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 22 Disember 2018 (Sabtu) telah mengadakan Kelas ICT iaitu Grafic Design dengan objektif meningkatkan kemahiran kreativiti dikalangan peserta dengan penggunakan applikasi Microsoft Word. Kelas ini diadakan pada selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Dalam kelas ini, peserta diberi tajuk Bebas. Dimana mereka bebas untuk berkarya dengan apa saja yang ada dalam pemikiran mereka dengan menggunakan INSERT – SHAPE – SHAPE FILL – OUT LINE dan WRAP TEXT.
Impak dari kelas ini, peserta-peserta menunjukkan minat mereka dalam berkarya. Terdapat hasil yang cantik serta kreatif. Apa yang memberansangkan minat mereka terhadap sesuatu yang baru amatlah mengalakkan. Apa yang kita harapkan, moga pembelajaran yang mereka perolehi dari kelas ini dapat membantu mereka mengapplikasikan dalam kerja-kerja projek mereka di sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: